Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) telah menyalurkan sumbangan 100 Bakul Rezeki melalui dana wakalah mereka kepada keluarga asnaf di Dewan Blok B, Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul, Kuala Lumpur.

Penyerahan simbolik cek cura bernilai RM10,000.00 bagi 100 Bakul Rezeki telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Nur Ikhwan Mohd Kamal, Ketua Bahagian Perancangan Korporat MDV kepada YBrs. Encik Roslan bin Ismail.

Majlis ini turut disaksikan oleh YBrs. Puan Nur Haliza Abd Rahman, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran Digital PPZ-MAIWP.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh para penerima.

Related news & insights