MDV dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Subang telah menganjurkan Karnival Kesihatan di Kampung Lembah Kinrara, Puchong.
Kolaborasi ini merupakan sebahagian daripada agenda di bawah program Santuni MADANI dalam menjalin kerjasama dengan kampung angkat terpilih bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk dan mengatasi masalah sosioekonomi setempat.
Pada program ini juga, MDV turut menyampaikan sumbangan alatan kelengkapan dewan dan permainan seperti pingpong, catur dan lain-lain bagi kemudahan penduduk Kampung Lembah Kinrara.















